
Sulit
4 tahun
Sedih yang berpanjangan tanpa sebab
Hi saya layla. Berumur 23 tahun. Saya hanya mahu minta pendapat doktor. Sejak kebelakangan ini saya mengalami sedih tanpa sebab yang berpanjangan. Hampir sebulan lebih. Makan tak lalu. Saya tak rasa ianya adalah hormon kerana bulan² sebelum ni tak pernah berlaku begini dan sebulan tu lama. Saya taktau nak explain macam mana. Saya mengalami perasaan sedih tersebut tanpa sebab. Contoh before tu dah happy² then tiba² mood sedih datang. Menangis² kemudian ok semula dan berlarutan sehingga sekarang. Datang sekali dengan degupan jantung yang sangat laju. Lagi satu, beberapa tahun lepas, saya pernah alami begini juga tetapi hadir dgn perasaan takut dan resah yang melampau. Termasuk dengan suara suara yang banyak mengganggu. Adakah itu normal doktor? Perlu ke saya membuat rawatan? Tq

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala-gejala yang telah dijelaskan tersebut sememangnya merupakan salah satu indikasi dari gejala gangguan psikiatri yang sangat memerlukan bantuan dari ahli keluarga dan tenaga pakar (perubatan).
Anda memerlukan bantuan mengenai masalah peribadi? Doktor pakar psikiatri kami sedia membantu.
Kondisi seperti itu perlu dinilai oleh doktor psikiatri bagi menentukan antara yang berikut:
- gejala depresi disertai gangguan psikotik
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan atau tempat baru
- gangguan cemas (anxiety disorder)
- atau gangguan yang lain
Buat masa ini, anda haruslah berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat sebagai sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan psikologi untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling untuk anda, sekiranya tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami juga menasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing beliau, kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.