
zurarahim123
2 tahun
Sedikit lendir darah selepas buang air kecil
Saya hamil 17week 1day. Pada 14w 1dy sya dh mengalami pendarahan dan dimasukkan ke hospital, dr sahkan sya treatd miscrge. Diberi rehat dan dupshaston selama 2minggu.tiada pendarahan sepanjang sya mkn dupshaston. Tpi selepas 3 hari sya dapati ada sedikit lendir darah berwarna koko seperti keputihan tpi dia berwarna koko. Adakah sya perlu ke hospital sbb sya xberasa nyeri perut atau sakit. Bru pergi ke klinik kesihatan dan janin masih lagi ok.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pendarahan yang berwarna koko adalah darah beku yang lama masih mengalir. Anda tidak perlu terlalu risau. Namun begitu jika anda mengalami sebarang pendarahan dan sakit perut, anda perlu segera ke hospital berdekatan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.