
Sulit
3 tahun
Sehari selepas dos pertama vaksin sinovac saya merasa geli dan gatal dibahagian tekak menyebabkan saya berada ingin batuk ringan. Adakah ini normal
Hi. Selamat pagi saya berusia 33 tahun. Pada sabtu 31/7/21 yang lalu, saya mendapatkan dos pertama vaksin sinovac. Sehari selepas itu, saya mengalami simptom geli dan gatal tekak yang menyebabkan saya berasa ingin batuk (batuk ringan).
Masuk hari ini Ahad (8/8/21) sudah 8 hari gejala ini dan ia tidak berlaku setiap masa. Kadang-kadang sahaja terutama selepas banging tidur waktu pagi.
Soalan saya adakah ini merupakan gejala biasa setelah pengambilan vaksin? Untuk makluman saya tiada berasa sakit lain, tidak demam, tidak pening / muntah / selsema dan tiada sakit sendi.
Perlukah saya membuat ujian covid? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Untuk makluman anda, kesan sampingan vaksin Sinovac yang biasa dilihat adalah seperti berikut :
- Demam
- Mengigil
- Sakit kepala
- Sakit sendi & otot
- ‘Flu-like’ symptoms
- Keletihan
- Sakit dan bengkak pada tempat suntikan
Gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh kesan sampingan vaksin Sinovac ataupun masalah kesihatan lain. Kebiasaanya, kesan sampingan vaksin akan hilang selepas beberapa hari. Jika gejala anda berterusan atau bertambah teruk, sila rujuk kepada doktor untuk rawatan lanjut.
Anda boleh mendapatkan konsultasi atas talian bersama doktor kami sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini