
Sulit
4 tahun
Sejarah Jantung Berlubang
Hi Doc, masa kecil saya ada masalah jantung berlubang, dan telah tutup dengan membuat operation, kini umur saya 27 tahun dan adakah saya boleh menerima vaksin covid-19 ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, anda boleh menerima vaksin COVID-19 kerana telah menerima rawatan untuk jantung berlubang anda. Antara individu yang tidak boleh menerima vaksin adalah individu yang mempunyai sejarah alahan pada vaksin. Disebabkan anda mempunyai sejarah penyakit jantung berlubang, saya sarankan anda untuk melakukan ujian dan pemeriksaan kesihatan sebelum menerima vaksin sebagai langkah berjaga-jaga.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini