
Sulit
5 tahun
Sekarang saya selsema saja
Hai… Selamat pagi… Doc pada hari pertama saya mengalami cirit birit sebanyak 3 kali… Pada hari kedua saya rasa senak perut…pada hari ke3 saya mengalami sakit tekak dan selseme… Pada hari keempat hari ini tekak saya sudah tak sakit dan selsema saja ada dan kepala saya agak berat tapi lepas saya letak cool fever dan makan sebiji parcetomol… Kepala sudah tak berat cuma selsema saja… Adakah itu petanda dijangkiti covid19…maaf betanya banyak sebb kat rumah ini ada baby jadi saya risau

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Untuk makluman anda, berikut merupakan gejala bagi jangkitan coronavirus:
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Demam
- Sesak nafas
- Sakit badan
Seperti yang disenaraikan di atas, gejala jangkitan coronavirus sangat berkait rapat dengan penyakit lain. Oleh itu, untuk membantu pakar perubatan membuat keputusan risiko seseorang individu haruslah diketahui. Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah untuk mengurangkan kesesakan di hospital bagi melakukan ujian saringan COVID-19.
Buat masa sekarang, anda digalakkan untuk mengawasi gejala anda. Sekiranya ia semakin teruk atau berlarutan, sila berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
Selain itu, anda digalakkan untuk mengamalkan langkah berjaga-jaga berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
Mencuci tangan dengan sabun dan air.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini