
Sulit
4 tahun
Seksema sekama 4 bulan
Hi doc . Sy mengalami selsema selama 4 bulan .tetapi sy makan ubat selsema ttp tak menjadi .dan juga dlm kedua dua hidung saya ad biji bulat mcm guli dan itu sgt menyukarkan sy bernafas dan tidor . Dan sy juga mengalami gatal di muka sakit kepala mata berair . Boleh doctor bg keterangan lebih lanjut bg penyakit yg sy hadapi ini .
Dan hingus sy juga berbau busuk

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Masalah selesema merupakan masalah yang sering berlaku pada masyarakat kita. Ia boleh disebabkan oleh resdung atau alahan rhinitis, polip di hidung dan sebagainya. Lebih-lebih lagi jka anda mendapati terdapat struktur abnormal pada hidung anda iaitu guli/biji bula, ia memerlukan rawatan lanjut kerana kemungkinan ia polip atau ketumbuhan lain. Selain itu, gatal pada muka, sakit kepala dan berair mungkin merujuk kepada masalah alahan rhinitis atau resdung. kedua-dua masalah ini boleh mengakibatkan polip pada dalam hidung. Namun, saya memerlukan maklumat lanjut untuk mengenalpasti masalah sebenar yang anda hadapi. Hal ini kerana terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan masalah selesema yang anda alami seperti:
- alahan rhinitis akibat debu, bungaan, haiwan perliharaan
- Jangkitan selesema
- Ketumbuhan poilp dalam hidung
- Resdung.
Untuk merawat masalah yang dialami anak anda, pemeriksaan dan maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall). Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.