
Sulit
5 tahun
Selain nak period or hamil, ada sebab lain tak?
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selain nak period or hamil knpa ye payudara tegang/keras and sakit sgt ble sentuh. Period sy lama lg. Kalau nk kata hamil mustahil. Sy gune app period tuh. Tgk wktu subur jauh lg. Ada sbb laen tak. Last period 29/1/2020.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Mastitis (Keradangan payudara akibat sumbatan kalenjar sekitar payudara)
- Tahap hormon Oestrogen yang tinggi sebelum haid juga akan menyebabkan masalah ini walaupun haid anda masih belum datang lagi.
- Kehamilan adalah berkemungkinan kerana anda berpeluang untuk berhamil jika melakukan hubungan intim tanpa langkah pencegahan. App yang anda gunakan bukan semestinya 100 peratus tepat.
- Jika anda berasa payudara terdapat benjolan, anda perlu mengunjungi ke hspital untuk membuat pemeriksaan yang lebih lanjut kerana ini mungkin disebabkan oleh ketumbuhan yang tidak agresif atau boleh juga terjadi kanser payudara.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.