
Sulit
5 tahun
Selalu merasa penat
Saya wanita berumur 18 tahun. Dan saya selalu berasa hopeless, selalu menangis tanpa sebab, lebih menyendiri, kurang bergaul dengan rakan, kadang kadang terfikir diri tak berguna dan patut hidup . Jadi adakah ini bipolar atau depression atau benda lain.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit kemurungan
- Masalah tiroid seperti hipotiroid
- Anemia (kurang sel darah merah)
- Penyakit Cushing (steroid dalam badan berlebihan)
Anda disarankan untuk berjumpa dengan kaunselor atau dengan doktor untuk mendapatkan surat rujukan pakar psikiatri bagi pemeriksaan lanjut. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.