
Sulit
3 tahun
Selalu merasakan tidak bermaya, tidak cergas
Hi saya wanita berumur 26 tahun. Tiap tiap hari saya selalu berasa lemah, tidak bermaya tidak cergas. Saya ingin bertanya perlu kah saya mengambil supplement. Dan kalau perlu, supplement apa yang sesuai?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Untuk makluman anda, simptom-simptom yang anda alami boleh berpunca daripada beberapa perkara. Antaranya :
- Pengambilan air yang kurang
- Tidak cukup tidur
- Gaya hidup yang tidak aktif
- Kekurangan vitamin dalam badan
- Anemia
- Gangguan tekanan
Anda boleh melakukan beberapa perkara untuk kembali cergas dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang, minum air yang secukupnya dan kekal aktif. Anda boleh mengambil supplemen untuk membantu anda, tetapi kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor sebelum mengambil supplemen untuk mendapatkan kepastian bahawa masalah anda tidak berpunca daripada masalah kesihatan yang memerlukan rawatan daripada doktor.
Anda boleh menghubungi kami sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.