Sulit
4 tahun
Selalu pening kpla dan khayal
Sy wnita 23 , sy sering pning kpla kdg smpai kabur penglihatan. Dn kdg sy rse berat nak bernafas…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Tekanan darah tinggi
- Ketumbuhan di dalam kepala
- Jangkitan otak (meningitis atau encephalitis)
- Serangan jantung
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Namun begitu, sukar untuk kami katakan punca sebenar mengapa anda mengalami gejala sedemikian. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.


































