
Sulit
3 tahun
Selalu Sakit perut walaupun baru lepas membuang air besar
Saya wanita berumur 19tahun . Selalu sakit perut . Rasa senak , ingin membuang tapi tidak boleh , ada angin ,perut berbunyi ,kenapa perut belah kanan atau kiri semasa sakit perut akan gelembung(perut bahagian bawah) . Saya ada gastrik. Walaupun sudah makan atau lapar selalu sakit perut . Berat badan saya semakin menurun . Dan tidak ada selera makan. Dulu saya selalu makan banyak . Jika hendak tidur saya tidak selesa kerana sakit perut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit pada bahagian perut, sembelit, berat badan menurun dan tiada selera makan. Untuk makluman anda, terdapat beberapa jenis penyakit yang boleh menyebabkan berlakunya simptom seperti yang telah anda nyatakan, antaranya adalah:
- Divertikulitis
- Penyakit Crohn
- Ketidakhadaman
- Penyakit hernia (angin pasang)
- penyakit batu karang
Penyakit diatas juga boleh menyebabkan simptom sembelit bergantung kepada lokasi dimana berlakunya penyakit tersebut. Hal ini kerana, jika gangguan kesihatan adalah di kawasan sekeliling usus besar yang boleh mengakibatkan gangguan kepada aktiviti penghadaman dan penyerapan usus, perjalanan produk perkumuhan akan terbantut dan berlakunya sembelit.
Manakala masalah ginekologi yang boleh menyebabkan simptom-simptom diatas adalah:
- Kram Menstruasi
- Endometriosis
- Kista Ovarium
- Torsi Ovarium
- Kehamilan Ektopik
- Keradangan pelvik
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan