iamanonymous

5 tahun

Selalu sakit tekak

Saya selalu sakit tekak hampir setiap bulan. Umur 25 kerja di office aircond… Adakah imunisasi saya kurang sbb tu saya sakit dgn senang Dr?

Hi, terima kasih untuk soalan anda.

Langkah-langkah berikut sering membantu menangani sakit tekak. Anda boleh memilih untuk mengambil ubat tahan sakit seperti Panadol (Paracetamol) atau Ibuprofen. Banyakkan minum banyak cecair sejuk atau panas, dan elakkan minuman yang sangat panas. Makan makanan yang lembut dan sejuk. Elakkan merokok dan berada di tempat-tempat yang berasap

Anda juga boleh kumur dengan pencuci mulut seperti Listerina atau pencuci mulut yand dibuat sendiri dengan air panas dan garam. Cubalah saudari mengisap lozenges atau gula keras seperti Hacks. Terdapat juga produk-produk seperti lozenges dan semburan ubat yang dijual di farmasi yang anda mungkin ingin cuba. Tidak banyak bukti saintifik untuk menyarankan mereka membantu, walaupun sesetengah orang mendapati mereka layak menggunakannya. Antibiotik tidak selalunya ditetapkan untuk sakit tekak kerana kebanyakan jangkitan disebabkan oleh virus.

Semasa anda berada di tempat kerja, anda boleh minum air panas dengan buah lemon dan sedikit madu. Minuman ini boleh diminum untuk sepanjang hari. Bukan itu sahaja, lemon membantu meningkatkan imunisasi diri anda. Kebanyakan orang yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah tidak memerlukan diet khas, selagi anda mendapat semua nutrien yang anda perlukan. Strategi terbaik adalah mudah dengan makan pelbagai jenis makanan dengan penekanan pada buah-buahan dan sayur-sayuran, biji-bijian, dan protein tanpa lemak.

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Hai, terima kasih di atas soalan anda. Sakit tekak merupakan salaha satu masalah yang sering berlaku kepada kebanyakan orang. Terdapat banyak punca-punca yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku.

Kebanyakan daripada masalah sakit tekak berpunca daripada jangkitan virus yang sama yang menyebabkan selsema berlaku. Amat jarang sekali sakit tekak berlaku disebabkan oleh jangkitan bakteria. Walaubagaimanapun, perkara ini tidaklah akan mengasingkan bakteria daripada salah satu punca yang menyebabkan sakit tekak berlaku.

Selain daripada itu, sesetengah orang mempunyai alahan terhadap beberapa perkara seperti debu, kulat serta debunga. Keadaan sekeliling yang kering serta pencemaran udara juga turut akan memberikan rasa tidak selesa terhadap tekak. Keadaan bilik atau sesebuah ruangan yang terperap juga turut akan membuatkan penyakit berjangkit mudah tersebar. Imuniti badan yang lemah seperti soalan yang saudara utarakan juga sebenarnya turut menyumbang kepada faktor-faktor ini.

Terdapat beberapa makanan yang dapat diamalkan untuk meningkatkan kekuatan imuniti tubuh badan. Buah-buahan yang berada dalam kategori buah-buahan citrus mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi yang membantu sistem imuniti untuk melawan jangkitan kuman atau virus. Contoh buah-buahan ini adalah buah oren, limau dan limau mandarin.

Selain daripada makanan, perkara-perkara lain yang boleh dilakukan untuk meningkatkan imuniti badan adalah berhenti merokok atau minuman alkohol, sentiasa melakukan senaman samada senaman berat ataupun ringan, mendapatkan tidur yang cukup serta mengamalkan cara hidup yang sihat dan bersih daripada kuman.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)