
Sulit
4 tahun
Selamat malam doc
Saya minum air kelapa masam sebiji td. Kejap lagi saya akan sakit perut ke,doc?Ubat sakit perut xde. Lagipun Aduhh esok puasa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Air kelapa daripada sumber buah kelapa merupakan air yang selamat dan bersih untuk diminum. Mineral air kelapa adalah sama dengan sel-sel yang anda perlukan untuk kesihatan termasuk kalsium, zat besi, kalium, natrium, tembaga dan zink.Air kelapa mempunyai indeks glisemik rendah, rendah karbohidrat, serat yang tinggi dan protein.
Sekiranya anda mengalami gejala seperti sakit perut, cirit birit, pening kepala, mual dan muntah, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor secepat mungkin bagi mendapatkan nasihat dan rawatan yang sewajarnya bagi mengenal pasti punca masalh yang berlaku. Kami menasihatkan anda untuk lebih berhati-hati didalam pengambilan buah-buahan yang terlalu masak dan mempunyai rasa masam. Dikhuatiri ia akan memudaratkan kesihatan diri anda. Elakkan perkara seperti ini dimasa akan datang.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih