
Sulit
4 tahun
Selamat pagi doktor.. sejak dua hari ni
Doc,saya nak tanya. Sejak dua hari ni saya ade perasaan takut n resah di awal pagi.minggu lepas saya ade pergi berubat cara islam,lepas tu terus jiwa mcm xtentu arah.xtahulah kt badan ni ade hantu ke x. Saya rasa xleh dok sorang2,xleh terkejut xleh marah,nanti lagi bertambah teruk. Takut tu lagi menjadi2.teruk ke kes saya ni doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala merasa takut dan resah yang anda hadapi boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Stres berlebihan
- Kurang rehat
- Kegelisahan ( anxiety )
- Kecenderungan personaliti
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan adalah diperlukan. Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kaunseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- jauhi makan makanan yang pedas atau yang memperburkkan lagi cirit birit
- minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Oleh itu, anda boleh mendapatkan khidmat pakar psikiatri bagi mendapatkan diagnosis serta rawatan yang bersesuaian atau klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih