
zailanrgklaman
2 tahun
Selamat petang says mengalami kerap kencing.15 minit hingga 20 minit saya Akan kencing.adakah disebabkan pundi kencing aktif.macam Mana nak ubatinya ye?
Saya berumur 30 tahun…Dan says seorang lelaki

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Namun, kerap kencing boleh disebabkan oleh pelbagai masalah antaranya ialah
- psychogenic polydipsia
- diabetes insipidus
- masalah pada pundi kencing (neurogenic bladder)
- jangkitan kuman pada saluran kencing (UTI)
- masalah pada kelenjar prostat
Anda boleh mencuba rawatan konservatif seperti
- kurangkan pengambilan air
- tidak mengambil makanan dan minuman bersifat diuretik seperti kopi, teh dan alkohol
- senaman menguatkan otot pelvis
- berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih