
Sulit
3 tahun
Selamatkah utk saya mengambil vaksin covid19, saya adalah bekas pesakit hep c
Saya berumur 47 thn, wanita. Telah menghabiskan rawatan hep c pd 2015. Adakah vaksin covid19 pfizer selamat utk saya ambil?
T.kasih

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Untuk makluman anda, vaksin Covid-19 adalah disarankan untuk setiap dewasa kecuali mereka yang mempunyai sejarah alahan teruk terhadap ubat-ubatan dan yang mempunyai jangkitan akut. Memandangkan anda mempunyai sejarah penyakit Hepatitis C dan telahpun menghabiskan rawatan pada tahun 2015, maka anda boleh selamat mengambil vaksin Covid-19. Kami menasihatkan anda untuk memberitahu petugas kesihatan di pusat pemberian vaksin mengenai sejarah perubatan anda sebelum mendapatkan vaksin. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi talian JKJAV di 1800-888-828 untuk nasihat lanjut. Anda juga boleh mendapatkan nasihat doktor kami secara atas talian sekiranya perlu.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini