
Sulit
3 tahun
Selaput mata tahap 5 . mata saya semakin tidak jelas melihat sesuatu benda
Saya seorang lelaki Yang berumur 60 tahun mempunyai selaput mata tahap 5. Saya mempunyai penyakit kronik lain seperti buah pinggang…kencing Mani’s…Dan darah tinggi. Saya ada membuat follow up di hosp kerajaan Dan sekarang sepatutnya saya kena buad pembedahan selaput mata. Akan tetapi hosp kerajaan x buad kerana covid. Saya nakbuat di hosp private. Tapi saya kena rentas negeri. Saya dah buad appointment dah tapi saya cansel sebb kes covid ni meningkat. Saya nak tnya…bolehka kalau saya x buad operate buad masa ni.? Ada risiko lain ka jika saya tidak operate? Kerna mata saya sekarang mmakin kelabu. X berapa nampak. APA patut saya buad ya sekarang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, penyakit selaput mata adalah penyakit umum warga emas, ia hanya akan mempengaruhi penglihatan anda. Namun begitu, ia tidak berisiko lain, anda boleh menghubungi doktor anda untuk bincangkan perubahan pada jadual operasi anda.
Sekiranya gejala anda makin mempengaruhi kehidupan dan aktiviti harian anda, anda juga boleh terima rawatan daripada doktor tempatan anda ataupun minta surat rawatan untuk rentas negeri.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Mata.