
Sulit
3 tahun
Selepas ayah saya meninggal saya selalu terlampau pikir sehingga sesak nafas
Hai doktor,saya berumur 17 tahun,ayah saya baru meninggal sebulan yg lalu akibat serangan jantung…dua minggu lepas itu sehingga sekarang saya rasa takut,risau…sampai sesak nafas…saya jadi phobia dengan sesak nafas sbb ayah saya sesak nafas di rumah dan meniggal dihospital hari itu jugak…dan ketika saya keseorangan saya akan pikir yg bukan2 sampai nk berjalan pun terhuyung hayang…ia sering terjadi di waktu malam sampai nk tidur pun saya rasa takut…bila saya sesak nafas saya akan pikir yg bukan2 dan saya cuba untuk sibuk kan diri supaya tidak terlampau pikir…tapi badan saya rasa tidak selesa…sejuk n bulu roma naik tidak berhenti…saya harap doktor boleh terang kan penyakit saya ini

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang rasa takut, risau sehingga menyebabkan sesak nafas. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Stres berlebihan
- Kurang rehat
- Gangguan penyesuaian emosi
Namun gejala ini boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut oleh doktor seperti:
- Masalah kelenjar tiroid
- Anxiety
- Kemurungan
- Skizofrenia
- Bipolar disorder
Anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan pandangan lebih lanjut dalam hal ini.
Sekiranya anda memerlukan sokongan emosi ataupun moral, anda boleh meluahkan perasaan anda kepada rakan-rakan atau orang yang dipercayai dan memahami keadaan anda ataupun menghubungi pihak Befrienders ataupun talian mereka, 03-76272929.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.