
Sulit
3 tahun
Selepas beberapa minggu vertigo, kaki saya terasa bergegar
Saya lelaki, 20 tahun. Beberapa minggu lalu saya ada vertigo dan sekarang kaki saya bergegar di dalam patut kah saya risau?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Sebagai pengetahuan, vertigo bukanlah sejenis penyakit tetapi lebih kepada simptom masalah kesihatan yang lain. Antara kriteria vertigo termasuk:
- Hilang keseimbangan
- Berasa persekitaran anda berpusing
- Terjadi secara tiba-tiba
- Berlaku sepanjang beberapa saat atau lebih
- Pening kepala
Simptom tambahan pula adalah seperti berikut:
- Muntah-muntah
- Mual
- Berpeluh
- Telinga berdesing
Terdapat beberapa masalah kesihatan yang boleh dikaitkan dengan simptom vertigo, antaranya:
- Kecederaan atau trauma di bahagian kepala
- Tumor otak
- Migrain
- Bengkak pada pembuluhan darah otak
- Pengaruh ubat
- Penyakit berkaitan telinga
- Keradangan
Anda mungkin berasa takut akibat daripada keadaan vertigo itu sendiri yang mempengaruhi emosi anda. Sekiranya keadaan anda berlarutan, anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan konklusi masalah kesiahatan anda.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala