
Sulit
5 tahun
Selepas dan berpantang masih ada darah merah keluar
Pertama kali bersalin anak pertama. Sekarang berpantang minggu ke 4, adakah normal darah merah masih keluar tapi sedikit seperti darah haid

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman puan, pendarahan atau cecair yang merah adalah normal selepas bersalin. Ianya dipanggil sebagai lochia dalam dunia perubatan dan boleh berterusan sehingga 6-8 minggu.
Sekiranya anda berasa gatal, lendiran cecair yang bernanah, sakit di bahagian sulit atau sakit semasa buang air kecil, sila merujuk masalah anda ke doktor kerana ianya merupakan gejala jangkitan.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.