
Sulit
5 tahun
Selepas dnc dan waktu subur untuk hamil
bilakah waktu subur jika ingin hamil kembali setelah dnc?.adakah selepas dnc wanita subur walaupon tidak period?adakah kehamilan boleh berlaku?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk mengetahui waktu seseorang wanita itu subur ataupun tidak selepas prosedur D&C, cara terbaik adalah menunggu waktu ketibaan haid kerana jika berlakunya haid, maka terdapat kemungkinan ovulasi (proses pelepasan telur untuk disenyawakan oleh sperma). Sekiranya tiada kedatangan haid, waktu subur sukar untuk dikenalpasti namun anda masih boleh mencuba untuk hamil kerana kebarangkalian ovulasi sudah pun berlaku ketika proses D&C sebelum ini dan badan anda mungkin menunggu hamil kembali. Kitaran haid anda mungkin mengambil masa sedikit untuk kembali kepada normal selepas prosedur D&C.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.