
Sulit
3 tahun
Selepas haid kita didapati positif hamil
Hi Dr, Saya mahu bertanya tentang kehamilan. Jika kita melakukan hubungan dan seminggu kemudian kita mengalami haid seperti biasa iaitu pada tarikh yang sepatutnya (tarikh kitaran haid) serta pada tempoh biasa iaitu 7 hari serta darah yang keluar adalah banyak seperti biasa (bukan implantasi) lalu selepas haid kita didapati positif hamil. Adakah ianya sesuatu hal yang wajar dan normal bagi wanita?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda sedang mengalami period setelah seminggu melakukan hubungan intim bersama pasangan dan mendapat keputusan positif hamil. Saya akan cuba memberikan maklumat berkaitan situasi ini dengan baik.
Sebagai pengetahuan, tanda-tanda awal kehamilan adalah seperti berikut :
- Haid tidak datang
- Rasa loya dan muntah
- Perubahan payudara dan puting
- Pendarahan spotting (implantasi)
- Kekejangan otot perut seperti sengugut
- Perut buncit
Untuk makluman anda, ujian UPT perlu diambil kira-kira 10 hari dari tarikh haid yang terlepas untuk menunjukkan keputusan yang tepat. Ini kerana tahap hormon kehamilan (hCG) mungkin masih rendah pada awal kehamilan and menjadikannya sukar untuk dikesan melalui UPT. Selain itu, anda juga perlu menggunakan air kencing pertama pada waktu pagi kerana pada masa ini, air kencing adalah pekat dan mempunyai kadar hCG yang tinggi. Namun, ada kalanya ujian UPT menunjukkan keputusan ‘false-positive). Ini boleh berlaku jika terdapat masalah kesihatan seperti penyakit kencing kotor, masalah buah pinggang dan sista ovari.
Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk menjalankan ujian darah yang lebih tepat untuk mendapatkan kepastian mengenai kehamilan. Anda boleh merujuk kepada doktor kami secara atas talian untuk maklumat lanjut.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.