
Sulit
4 tahun
Selepas keguguran adakah Kita boleh hamil walaupun tanpa melakukan hubungan seksual dengan pasangan
Saya gugur tarikh 8/3 sekarang masih belum period? Adakah saya mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang keguguran. Terlebih dahulu saya mengucapkan takziah kepada anda atas keguguran yang berlaku.
Berdasarkan maklumat yang anda berikan, tidak mungkin berlaku kehamilan tanpa hubungan seksual selepas keguguran. Haid anda mungkin lewat akibat perubahan hormon kehamilan sebelum ini.
Sekiranya anda mengalami gejala berikut, sila jangan bertangguh untuk berjumpa Doktor di hospital atau klinik:
- Pendarahan yang banyak dan berterusan (darah di seluruh kain sarung atau berdarah memenuhi satu pada setiap dua jam)
- Sakit yang luar biasa
- Demam
- Pening kepala berterusan
- Pucat
Sekiranya anda masih ragu ragu tentang keadaan anda, sila berjumpa dengan doktor yang merawat. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.