zyzy_penang
4 tahun
Selepas keguguran masih rasa mual seperti mengandung
Saya br lepas keguguran tetapi simptom alahan semasa mengandung masih ada… Kenapa ye doc?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, semasa mengandung, hormon dalam badan wanita mengalami perubahan drastik bagi memastikan proses kehamilan berjalan lancar, begitu juga semasa keguguran. Semasa keguguran, hormon meningkat seketika dan mengambil masa untuk pulih ke tahap yang normal wanita yang tidak hamil. Oleh itu, anda akan mengalami simptom muntah- muntah, loya, mual, sakit perut atau cramp malahan sedikit pendarahan atau “spotting”.
Namun begitu, sila segera berjumpa doktor jika mengalami simptom:
- Demam tinggi
- Sakit perut yang teruk
- Pendarahan yang banyak atau darah beku keluar berketul- ketul
- Pendarahan yang busuk
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.