Sulit
4 tahun
Selepas kuanratine perlu ke buat swabtes lagi
saya pesakit covid sekarang nak habis quaratine esok 13/8 potong gelang, selepas potong kena buat swabtest lagi ke doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, kajian menunjukkan kadar kebolehjangkitan virus Covid-19 menjadi amat rendah selepas kuarantin 10 hari. Jika anda positif dan telah menjalankan kuarantin, kemungkinan untuk anda untuk menyebarkan virus adalah rendah. Namun, sekiranya anda masih bergejala, anda boleh menjalankan ujian swab untuk mengesahkan status anda. Anda boleh menghubungi CAC berdekatan anda untuk nasihat lanjut. Anda juga boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan konsultasi secara atas talian mengenai soalan ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































