
kautharjamaludin
5 tahun
Selepas kuarantin 14 hari
Saya telah kuarantin kan diri selama 14 hari selepas pulang dari negara jepun. Namun tiada sebarang gejala buat ketika ini. Adakah saya perlu menjalankan ujian untuk mengesahkan sy tidak dijangkiti virus covid 19? Dimanakah saya boleh buat ujian jangkitan? Ini kerana company saya mengarahkan untuk saya mendapatkan bukti yg saya tidak dijangkiti sebelom boleh masuk kerja semula.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Untuk makluman anda, oleh kerana ini merupakan arahan daripada syarikat anda, anda boleh menjalani ujian COVID-19 di hospital swasta seperti KPJ, Gleanagles dan Hospital Pantai. Kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini