
Sulit
3 tahun
Selepas lebih seminggu menerima 1st dose suntikan AZ, saya demam kali kedua sekali dengan sakit kepala yg kuat. Saya risau. Apa yang perlu saya lakukan?
Hi Dr., saya harap Dr dan keluarga sihat selalu.
Saya wanita berusia 24 tahun. Saya telah menerima suntikan vaksin AZ pada 2/6 dan demam dari 2/6-4/6. Saya juga mengalami sakit otot & sakit di bahagian suntikan. Selepas demam kebah, sakit otot saya mengambil masa 3 hari untuk pulih sepenuhnya.
Tetapi, pada 13/6, saya mengalami sakit kepala yg sangat kuat dan demam sepanjang hari. Selepas makan panadol beberapa kali sehari, demam saya akan berkurangan tetapi kepala saya tetap sakit. Sehingga hari ini (16/6), demam saya akan on off, kepala saya juga masih sakit. Bila saya berdiri, mata saya akan mula kabur, pandangan saya mula menjadi gelap dan kepala saya akan berat. Bila terjadi begitu, saya kena cepat2 baring supaya tak terjatuh (saya sudah jatuh 2 kali sebab badan jadi sangat lemah). Saya juga sentiasa rasa nak muntah, tetapi muntah taknak keluar walaupun perut dah cuba tolak keluar muntah tersebut.
Saya sudah pergi ke klinik panel semalam dan sudah makan ubat2 yang diberikan. Tetapi ubat yang diberikan kadang2 tidak dapat mengurangkan sakit kepala saya kecuali waktu saya tidur. Saya risau, adakah normal simptom2 ini selepas mengambil AZ? Saya ada check simptom blood clot, setakat ini saya tak ada apa2 pendarahan dan sakit yang teruk di bahagian perut. Saya harap saya boleh pulih dengan cepat sebab saya agak frustrated sakit ini sudah berlanjutan selama 4 hari.
Terima kasih, Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi pihak kami untuk bertanyakan masalah anda.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kerisauan anda tentang masalah sakit kepala yang kuat serta gejala lain yang anda hadapi berikutan suntikan vaksin COVID-19. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, antara kesan sampingan vaksin COVID-19 yang biasa berlaku adalah seperti:
- Sakit kepala
- Merah, bengkak, atau sakit di tempat suntikan
- Keletihan
- Sakit otot
- Demam
Kesan sampingan boleh menjadi lebih ketara jika seseorang mempunyai sistem imun yang kuat.
Akan tetapi, sakit kepala yang kuat juga boleh disebabkan masalah kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan susulan daripada doktor, seperti
- Masalah tekanan darah
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
Sila berjumpa dengan doktor dengan segera jika gejala yang anda alami berlarutan sehingga mengganggu aktiviti seharian anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diperlukan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini