
Sulit
4 tahun
Selepas makan saya selalu pergi ke tandas utk buang air besar, perut selalu meragam, kerap membunang air besar dlm 6 hingga 7 kali sehari dan najis berbentuk cecair atau cair
Anak saya perempuan dan berumur dalam 20’ an, masalah anak saya selalu atau kerap ke tandas selepas makan atau mengambil makanan, badan akan mengigil bila tidak makan atau mengambil minuman manis. Perkara ini belaku dlm 6 hingga 7 minggu nie. Sebelum ini saya pernah gastrik dan buasir bila lambat makan dan makan makanan pedas. Saya selalu minum air sahaja bila lapar tanpa mengambil sebarang makanan dan hanya mengambil jumlah yg sedikit sahaja. Apakah punca2 atau tanda2 kesakitan yg saya hadapi sekarang? Saya takut dgn apa yg saya hadapi sekarang dan apakah perlu saya lakukan?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya fahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anak anda hadapi boleh berkaitan atau disebabkan penyakit yang berbeza. Oleh itu maklumat lanjut saya perlukan untuk mengenalpasti punca sebenar kerana masalan tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- penyakit radang usus (Inflammatory Bowel disease)
- penyakit usus tidak selesa (Irritable bowel syndrome)
- gastrik
- kurang gula dalam darah
- anemia
Sesetengah penyakit diatas boleh dirawat dirumah. Namun, memandangkan anak anda mengalami cirit birit yang berlanjutan, bagi mengelakkan masalah seperti kekurangan nutrisi dan air dalam badan, Sebaiknya anda merujuk doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjut dan diberikan diagnosis dan ubatan yang tepat dan efektif. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.