
kylekim202
5 tahun
Selepas pembedehan appendix, Najis keras Dan berdarah
Saya wanita berumur 26 tahun. Saya mempunyai adik perempuan berumur 21 tahun, pada tahun 2018 adik Saya menjalani pembedehan appendix Dan selepas pembehan itu apabila adik Saya ingin membuang air besar dia mengalami sembelit yang teruk, najis keras dan ada beberapa titis darah selepas membuang air besar Dan masalah ini berlarutan sehingga lah sekarang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini normal jika ia berlaku selepas pembedahan apendik, namun memandangkan ia berlarutan sehingga sekarang, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kurang serat dalam badan
- dehidrasi
- usus tidak selesa (Irritable Bowel syndrome)
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.