Sulit
4 tahun
Selepas positif dan buat pcr test kali.ke dua ct value.bawah 20
Adik saya +ve selepas 14hari kuarantin dia buat pcr test.sbb company suruh buat result ct value bawah 20,macam mana tu doctor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan anda, secara amnya, CT value bermaksud cycle treshold di mana ia boleh menjadi tanda aras untuk nilai virus (viral load) tersebut. Lebih sedikut nilai CT tersebut, lebih tinggi viral load. Selain itu, kami tidak tahu mengapa nilai CT anda memberikan keputusan sedemikian kerana ini hanyalah anggaran sahaja. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan terhadap anda.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































