
Sulit
3 tahun
Selepas potong gelang langkah perlu dilakukan
saya pesakit covid yang positif dan dipakaikan gelang pink , 10/8 saya akan potong gelang . sebelum potong gelang perlu ke buat swabtest ? dan lagi satu selepas potong gelang perlu sambung semula kuarintin di rumah ke macam mana ? terimakasih :3

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda ialah pesakit Covid and ingin mengetahui sekiranya anda perlu menjalankan ujian swab Covid sebelum mengeluarkan gelang pink. Anda juga ingin mengetahui jika anda perlu sambung kuarantin selepas mengeluarkan gelang pink. Kami akan cuba menjelaskan perkara ini untuk anda.
Untuk makluman anda, gelang pink hanya disarungkan sepanjang tempoh kuarantin. Anda tidak perlu menjalankan kuarantin selepas mengeluarkan gelang pink.
Mengenai ujian swab test, ia tidak menjadi sesuatu kewajiban untuk menjalani ujian swab Covid sebelum mengeluarkan gelang pink asalkan anda tidak lagi bergejala. Anda hanya perlu menjalankan ujian saringan Covid. Hal ini kerana, selepas tamat tempoh kuarantin, kadar kebolehjangkitan virus Covid adalah sangat rendah. Namun, sekiranya anda risau, anda boleh mengambil ujian tersebut. Kami menasihatkan anda untuk sentiasa mengamalkan kebersihan tangan, penjarakkan sosial dan memakai pelitup muka.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk melakukan ujian saringan COVID-19
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini