
farahdhassan
3 tahun
Selepas Vaksin Boleh Buat Blood Test?
Saya punya appointment vaksin sehari sebelum appointment mengandung saya. Tak ada apa2 kesan kan kalau saya ambil darah utk check hb tu. Adakah akan me ganggu result dia?

3 tahun
Salam Sejahera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda ingin tahu jika vaksin Covid boleh menunjukkan keputusan ujian darah yang tidap tepat. Kami akan cuba menjelaskan perkara ini kepada anda.
Untuk makluman anda, fungsi vaksin adalah untuk membantu sistem imuniti badan untuk mencipta imuniti terhadap virus Covid-19. Oleh itu, ia tidak akan mempengaruhi keputusan ujian darah. Anda boleh teruskan dengan temujanji anda seperti biasa. Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi bersama doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini