Sulit
4 tahun
Selesma , batuk lepas vaksin
Sy sedang hamil 16 minggu saat ini. Pd tgl 15/08 sy telah menerima vaksin prizer dos 1… selang 2 hari sy mengalami demam,letih, gigil, di ikuti selesma, skrg batuk , hidung pula apa rasa pun tiada, angin pun byk kat perut… apa kah ini hal biasa dok?
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda sedang hamil dan telahpun menerima suntikan pertama vaksin Covid-19. Kini anda mengalami gejala demam, letih, gigil selesema dan batuk. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kesan sampingan yang biasa dilihat dengan pengambilan vaksin Covid-19 adalah :
- Demam
- Mengigil
- Keletihan
- Sakit kepala
- Sakit badan
- Sakit otot/sendi
- Sakit dan bengkak pada tempat suntikan
Simptom-simptom anda adalah normal untuk kesan sampingan vaksin. Anda tidak perlu risau kerana kebanyakkan simptom-simptom ini akan reda selepas beberapa hari. Sekiranya gejala anda berterusan atau bertambah teruk, sila rujuk kepada doktor untuk rawatan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























