Sulit
3 tahun
Selesma berpanjangan yang menyebabkan batuk dan lelah
Salam,saya ada seorang ank lelaki,umur9tahun.pada umur 4tahun dia pernah memasukkan sebiji butang baju melayu dalam rongga hing,dah bawa ke hospital tapi doctor cakap tak ada apa2 sebabb butang tu sudah tidak kelihatan dalam rongga hidung.masalahnya semenjak dari kejadian itu,anak saya tidak pernah kering dari selesma hingga menyebabkan dia sering dijangkiti bayuk dan mengalami lwlah.apakah saya haru membawa anak saya ke hospital untuk buat pemeriksaan kesihatan sekali dengan buat imbasan sinar-x?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Asma
- Allergic rhinitis
- Anemia
- Alahan
- Masalah jantung yang tidak dikenalpasti semasa kecil
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.