Sulit
4 tahun
Selsama dan sakit kepala
saya adalah lelaki berumur 18 tahun dan juga merupakan lekerja retail di sebuah pusat memberli belah. saya ada berkontak dengan pelanggan daripada dalam dan juga luar negara. sekarang saya mengalami selsema dan sakit kepala walaupun sudah tidak bekerja sejak 14 march. apakah tindakan terbaik yang perlu saya lalukan sekarang
4 tahun
Salam sejahtera
Saya memahami bahawa anda kini mengalami sakit kepala serta selsema serta bertanyakan langkah terbaik. Langkah terbaik adalah pengambilan ubat untuk kesakitan anda.
Namun sebelum itu, punca bagi sakit ini perlu untuk dikenalpasti terlebih dahulu agar penawar yang akan diberikan berkesan dalam menangani kesakitan anda. Antara punca kepada selsema dan pening kepala adalah seperti berikut:
- Allergic Rhintis, Alahan
- Jangkitan virus seperti influenza
- Jangkitan saluran pernafasan
- Migrain
- Radang sinus
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.