Sulit
3 tahun
Selsema berpanjangan , sakit di pipi
Hi doc .
Saya mengalami selsema yang berpanjangan sudah hampir seminnggu lebih . Setiap waktu selsema , hingus mengalir , hidung tersumbat , bersin dan kdg² sakit kedua telinga lebih² membuang hingus . Pernah sekali chest pain sampai menggangu waktu tidur. Kenapa ye ? Apa yang perlu saya buat ? Adakah saya mengalami penyakit lain
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah hidung tersumbat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alahan rhinits
- Alahan kepada persekitaran
- Keradangan sinus
- Masalah struktur hidung
- atau gangguan yang lain
Selalunya, gejala sakit pipi juga boleh menandakan jangkitan kuman atau bakteria yang terdapat pada kawasan hidung atau sinus yang tengah mengalami keradangan. Oleh itu, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda bagi memastikan jika terdapat sebarang jangkitan kuman yang tidak diinginkan dan mendapat rawatan yang sesuai.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Gangguan sakit dada juga perlu di ketengahkan apabila berjumpa dengan doktor, walaupun kemungkinan besar ia tidak terlalu berkait dengan gejala hidung dan pipi anda namun sekiranya ia mengganggu tidur, anda perlu segera berjumpa dengan doktor.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.