
ijah_anf
5 tahun
Selsema berpanjangan semasa mengandung
Saya mengandung 24 weeks . Saya telah mengalami selsema berserta kahak (kuning) sejak seminggu yang lalu dan masih belum surut. Kadang kala saya termuntah kahak akibat rasa tidak selesa di bahagian tekak dan dada. Perlukah saya berjumpa Dr dan adakah keadaan ini membahayakan bayi dalam kandungan saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, selsema berpanjangan sehingga berkahak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tekak kering akibat persekitaran dingin seperti bilik berhawa dingin
- Kurang minum air
- Mengambil minuman sperti kopi, teh dan alkohol
- Merokok
- Pengambilan ubat tertentu
- Terdedah kepada habuk atau allergen
- Jangkitan virus Influenza ataupun kuman
- Radang tekak
- Makan makanan pedas, berlemak atau berminyak
- Lendiran dari rongga hidung yang turun ke tekak “post nasal drip”
- Allergic rhinitis alergi hidung
- Sinusitis yaitu peradangan rongga tengkorak
Melihat kepada kondisi anda yang sedang hamil, sebaiknya anda merujuk ke doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjut. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.