
Sulit
3 tahun
Selsema dan deria bau
Saya berusia 18 tahun. Pada minggu ini saya mengalami selsema namun deria bau saya hanya bau durian. Rumah saya tiada durian tetapi saya tetap bau durian dan itu buat saya rasa loya tetapi tidak dapat muntah

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Sinusitis
- Asma
- Alahan
- Tahap imun badan yang lemah yang boleh menyebabkan jangkitan pada saluran pernafasan dengan kerap
- Deviasi septum nasal
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor