
Sulit
4 tahun
Selsema dan sakit tekak Serra pernafasan laju
Saya selsema Dan sakit tekak. Saya berjumpa dengan doc Di klinik Dan doc Bagi Saya ubat tahan sakit. Lps tu saya Beli sendiri ubat selsema di farmasi Dan dapat ubat loratadin Dan ubat selsema kuning. Lps Tu farmasi Ada Bagi ubat lorazengs untuk sakit tekak. Apa Yang perlu Saya buat? Saya juga Ada penyakit hypertension Dan anxiety disorders setiap Bulan Ada appointment dengan hospital. Bila Malam baru tadi Malam Saya pernafasan laju. Adakah pernafasan laju sebab Saya darah tinggi Atau sebab Saya selsema Dan sakit tekak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang tekak (laryngopharyngitis)
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Batu di dalam tonsil
- Jangkitan telinga
- Jangkitan paru-paru
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Masih mengalami masalah batuk dan nafas yang laju? Pakar paru-paru sedia membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan punca sebenar masalah pernafasan anda berdasarkan soalan sahaja. Pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah diperlukan dan kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sebagai maklumat tambahan, pernafasan laju merupakan gejala yang umum dan boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Demam
- Melakukan aktiviti sukan dengan terlalu keras atau agresif
- Masalah jantung
- Jangkitan paru-paru
- Masalah berkaitan paru-paru
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.