
Sulit
3 tahun
Selsema tanpa hingus dan pedih disekitar rongga
Sy sorg pesakit covid dan sedang kuarantin dirumah,sy mempunyai simptom demam batuk dan selsema,tahap oxigen dan nadi normal,tapi hari ni keadaan hidung selsema teruk tanpa hinggus hingga terasa pedih seperti kita membuka aircond kuat dan direct…wahal kipas pon sy tak buka…keadaan ni buat kan sy sakit kepala seperti migrain…

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ada beberapa simptom COVID-19 yang anda boleh kenalpasti dan rawat simptom di rumah, antaranya ialah:
Simptom yang sering berlaku
- demam
- batuk kering
- keletihan
Simptom yang kurang berlaku
- sakit badan
- sakit tekak
- cirit birit
- konjunktivitis
- sakit kepala
- hilang deria rasa
- ruam pada kulit
Simptom yang serius
- sesak nafas
- sakit dada
- hilang kemampuan untuk bercakap
Buat masa ini anda perlu memantau diri jika anda mempunyai gejala-gejala yang disenaraikan di atas. Jika anda rasa kurang sihat anda boleh ke klinik kesihatan atau klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
Jika anda mempunyai simptom yang serius anda perlu berjumpa dengan doktor dengan segera untuk merawat. Individu yang mempunyai simptom yang ringan ataupun keadaan sihat anda perlu merawat simptom daripada rumah.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini