
Sulit
5 tahun
Semakan Saringan CoVID melalui IC
Bolehkah kita mengesan sama ada INDIVIDU tertentu telah membuat saringan covid di klinik atau tidak , melalui carian No. IC?
jika boleh, bagaimana caranya. sy telah menghubungi talian KKM yang diwar2kan tetapi talian sibuk.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, kami memahami anda ingin mengetahui jika boleh menyemak keputusan saringan individu tertentu melalui carian IC.
Untuk pengetahuan anda, keputusan hanya akan diberikan kepada pesakit melalui panggilan telefon daripada klinik yang anda melakukan ujian saringan ataupun panggilan daripada PKD jika melakukan ujian saringan di Klinik Kesihatan.
Keputusan ujian saringan juga boleh dilihat dengan mengemas kini profil MySejahtera oleh individu pemilik profil sahaja. Jika anda ingin melakukan semakan semula, anda boleh menghubungi pihak klinik yang anda melakukan ujian saringan.
Sekiranya anda mengesyaki telah melakukan kontak rapat dengan mereka yang positif, anda boleh berhubung dengan klinik kesihatan terdekat atau melakukan ujian saringan sendiri.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut atau merujuk sebarang gejala yang membimbangkan kepada kami secara atas talian.
Kami berharap penerangan dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk berhubung dengan doktor
Klik di sini untuk melakukan ujian saringan COVID-19
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini