
Sulit
4 tahun
Semasa onani tapi tak pancut pancut
saya baru berumur 13 tahun dan saya tak pernah onani sebelum ini, hanya sekadar menonton video lucah sahaja.Namun, apabila saya ingin mencuba untuk beronani, saya sukar untuk pancut. kenapa ye? semasa saya onani, zakar sayan normal sahaj stim seperti lelaki lain . tapi,tak ejakulasi pun. pernah 30 minit saya mencuba untuk ejakulasi namun tidak berjaya. kenapa ye? adakah zakar saya mati pucuk?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Pertama sekali, anda baru berusia 13 tahun dan tidak seharusnya terlibat dengan perkara seperti onani & menonton video lucah.
Bagi masalah anda, sekiranya anda belum mencapai akil baligh, ianya adalah normal kerana sperma belum dibuat. Sekiranya anda telah mencapai akil baligh, masalah anda berkemungkinan disebabkan masalah seperti:
- Air mani tidak cukup
- Terdapat 9sekatan dalam saluran zakar
- Terlalu kerap beronani
Saya ingin menasihatkan anda agar berhenti dan menjauhi perkara seperti onani dan menonton video lucah kerana ia boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal anda kelak.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.