Sulit

3 tahun

Sembelit dan bab berdarah

Saya wanita 20an dan mengalami darah menitis selepas bab. Saya terasa ada denyutan pada bahagian punggung. Saya rasa sakit ketika menyentuh lubang dubur. Dan kadang-kadang saya sakit perut pada bahagian kiri sekitar ari2… apakah yang saya alami doktor

Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sembelit dan berak berdarah.

Untuk makluman anda, ini adalah antara sebab berak berdarah berlaku:

  • Buasir: Buasir juga dikenali dengan nama ‘haemorrhoids’. Buasir berlaku apabila terdapat luka pada lubang dubur. Perkara ini boleh berlaku kepada mereka yang mempunyai sejarah sembelit untuk tempoh yang lama. Buasir boleh dikesan dengan memeriksa dubur jika terdapat benjolan yang licin. Selain itu, seseorang itu juga akan berasa sakit dan gatal pada lubang dubur.
  • Keradangan Perut : Dinding pada permukaan perut boleh mengalami kleradangan sekiranya makan makanan yang pedas terlalu banyak, minum alkohol atau merokok.
  • Divertikulum"diverticular disease": Masalah divertikulum adalah terbentuknya lubang atau poket dalam usus. Masalah ini berserta dengan masalah sembelit akan menyebabkan pendarahan yang segar atau pun berketul. Ini juga merupakan suatu permasalahan besar yang sering dihadapi oleh warga emas.
  • Kanser usus/”colorectal cancer” . Dengar sahaja perkataan kanser atau barah pastinya timbulnya rasa bimbang kerana seperti yang diketahui ramai, kanser sukar diubati. Kanser usus besar merupakan kanser ketiga paling tinggi dideritai oleh rakyat Malaysia. Pesakit kanser ini akan mengadu mereka mempunyai masalah membuang air besar kerana sembelit dan kadangkala mengalami cirit-birit.
  • Sembelit"constipation" : Sembelit berterusan boleh mengakibatkan masalah lain yang seperti ‘anal fissure’. Ini merupakan masalah yang agak kronik dan pesakit harus segera mendapatkan rawatan. Hal ini kerana masalah ini boleh mengakibatkan pendarahan ketika proses membuang air besar yang akan menyebabkan terjadinya masalah berak berdarah. Masalah ini juga mengakibatkan kesakitan.
  • "Inflammatory bowel disease" : Selain itu, masalah radang usus boleh menyebabkan masalah berak berdarah. Ini juga akan mengakibatkan cirit-birit yang bercampur darah. Masalah radang usus harus diselesaikan dengan segera supaya masalah ini tidak mendatangkan komplikasi serius.

Sekiranya gejala yang anda alami berterusan, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan susulan.

Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem penghadaman yang betul .

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.

Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah anda hari ini.

AdobeStock_121099911

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)