
slpngeyes
5 tahun
Sembelit ibu mengandung
Saya ibu mengandung 20 minggu dan saya ada masalah sembelit suda 3 hari tidak berak/membuang najis. Bolehkah saya mengunakan ubat sembelit cecair enema untuk mengatasi masalah sembelut saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sembelit merupakan gejala kepada penyakit atau kondisi yang melibatkan usus besar. Penggunaan ubat sembelit perlu digunakan secara berhati-hati terutamanya ketika mengandung. Oleh sebab anda sedang mengandung serta tidak lagi diketahui punca sembelit ini, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat kerana ubat sembelit mempunyai bahayanya sendiri jika disalah gunakan. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.