
Sulit
4 tahun
Sembelit & kencing manis
Hai Doctors, mak saya dia ade kencing manis, n sekarang dia alami sembelit, almost 1mgu dia tak mmbuang. Do u have suggestions what medicine to take? Atau saya perlu bawa mak saya ke ER?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai/Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami/atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Tahi yang keras dan kering
- Pergerakan usus yang perlahan
- Dehidrasi
- Kurang mengambil makanan yang mengandungi serat
- Jangkitan cacing
- Perubahan diet
- Terdapat gangguan pada struktur anatomi usus
- Masalah psikologi:
- Stres
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami tidak dapat mengesyorkan apa-apa jenis ubat yang sesuai kerana ibu anda perlu diperiksa terlebih dahulu dan rawatan akan diberikan kepadanya berdasarkan diagnosis doktor. Kami sarankan anda pergi ke klinik atau hospital berhampiran untuk membuat pemeriksaan.
Sila jumpa dengan doktor segera sekiranya ibu anda mengalami gejala ini:
- Demam
- Sakit perut
- Lemah dan lesu
- Sekiranya dia membuang najis, najis tersebut bercampur dengan darah
- Hilang selera makan
- Penurunan berat badan secara mendadak
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.