
Sulit
4 tahun
Sembelit lepas bersalin
Saya berumur 27 tahun.Saya baru lepas bersalin anak pertama.Saya menghadapi masalah susah nak buang air besar.sebelum ini sy buang air besar dan berdarah.kenapa jadi mcm ni ye

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Tahi yang keras (impacted stool)
- Buasir (hemorrhoid)
- Divertikulitis
- Kurang mengambil makanan yang mengandungi serat
- Kekurangan air atau dehidrasi
- Kanser usus
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.