
Sulit
4 tahun
Sembelit luka pedih ditepi dubur
Saya berumur 23 tahun …beberapa hari lepas saya mengalami sembelit sehingga ada luka betul2 ditepi dubur saya sehingga kalau terkena air atau buang air kecil terasa sangatlah pedih …soalan saya adakah luka itu normal yerr sebab sebelum ni ada juga sembelit tapi takdelah luka macam nihh …dan adakah luka itu mengambil masa yg panjang untuk sembuh…explain please doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh kerana tahi yang keras disebabkan oleh masalah sembelit anda. Kebiasaannya luka ini boleh sembuh dengan sendiri dalam masa 4-6 minggu.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Terutama sekali jika masalah anda berlarutan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.