
Sulit
4 tahun
Sembelit melebihi 10 bulan
Hi, im 23 years old. Btw saya mengalami masalah sakit bila membuang. Tapi saya tidak mengalami pendarahan cuma sakit and pedih bila membuang. Saya dah try pergi klinik, memula okey then sakit balik. Hampir 10 bulan. Jadi tu macam mana ye?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan sembelit yang kronik walaupun sudah mengubah diet dan mencuba rawatan sembelit. Kemungkinan terdapat masalah lain yang menyebabkan sembelit dan memerlukan siasatan dan pemeriksaan lebih lanjut untuk mendapatkan diagnosis. Antara punca sembelit kronik ialah:
- Hypothyroid (masalah kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon secukupnya)
- Diabtetes
- Sindrom iritasi usus (IBS)
- Kegelisahan
- Kemurungan
- Multiple sclerosis
- Usus tersumbat
- Kanser usus
- Trauma pada saraf tunjang
Namun begitu, penyakit-penyakit yang saya senaraikan datang dengan simptom-simptom lain bersama simptom sembelit, namun saya masih sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.