
nzfarehah
4 tahun
Sembelit pada anak yang sering berulang
Semenjak bertukar jenama du**o anak sering sembelit . Jadi saya bertukar kepada jenama yang mempunyai kandungan prebiotic yang tinggi tetapi masih sama. Apabila satu hari dia tidak membuang ,keesokan harinya pasti sembelit. Jadi utk mengelakkan sembelitnya berulang ,sy memberinya makan yang mempunyai Serat yang tinggi. Persoalan saya, adakah susu yang menyebabkan sembelit atau sy risau jika dia mempunyai masalah usus atau berkaitan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kurang serat
- kurang minum air kosong
- kanak-kanak baru sahaja mula makan makanan solid
- masalah usus (jarang-jarang berlaku)
- kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.