sofeasallehuddin96
4 tahun
Sembelit semasa awal kehamilan
Saya mengalami sembelit dan sukar untuk membuang air besar semasa awal kehamilan. Boleh ke kalau saya makan pil DULCOLAX? bahaya tak untuk kandungan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Untuk makluman pihak anda, ubat Dulcolax biasanya digunakan untuk merawat masalah sembelit atau untuk membersihkan usu sebelum melakukan prosedur colonoscopy. Kesan Dulcolax terhadap janin tidak diketahui dan ubat ini biasanya diberi oleh pakar obstetrik sekiranya perlu sahaja kepada ibu mengandung. Anda disarankan untuk mengambil langkah-langkah seperti berikut untuk melancarkan sistem pencernaan anda:
- Lebihkan pengambilan air
- Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur
- Membuat senaman ringan untuk merangsang otot-otot dalam usus anda
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Anda juga boleh menghubungi farmasi kami melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-2721669 atau telefon Hotline EPharma kami di 03-84082006.